43 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 22 Feb. – Kementerian Kesihatan melaporkan 43 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 32,390 orang, daripada 3.24 juta kes positif yang dikesan di negara ini.

Menurut data di portal COVIDNOW, 13 daripada 43 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses pengesahan sama ada pesakit meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 258,985 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada jumlah itu, 245,875 individu atau 94.9 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 5,055 orang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 7,783 di hospital dan 272 di unit rawatan rapi (ICU) yang membabitkan 108 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 164 memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment