Suhu paling panas dalam sejarah Itali

ROM: Itali merekodkan bacaan suhu paling panas untuk tempoh Januari hingga Julai tahun ini sekaligus menjadikan tahun paling panas dan kering setakat ini dalam sejarah Itali.

Suhu pada Januari hingga Julai adalah sekitar 0.98 darjah Celcius melebihi purata untuk tempoh sejak 1800.

Demikian menurut data dikeluarkan Institut Sains dan Perubahan Iklim Majlis Penyelidikan Kebangsaan (ISAC- CNR) semalam.

Sementara itu, suhu pada Julai telah melebihi purata 2.26 darjah Celcius dan sekiranya 2022 berakhir sekarang, ia akan menjadi tahun paling panas pernah direkodkan.

Julai 2022 mencatatkan suhu kedua tertinggi sejak bacaan mula direkodkan, kedua tertinggi selepas 2003, seperti yang berlaku pada Mei dan Jun.

Itali kini berdepan musim kemarau terburuk dalam beberapa dekad dan mengalami siri gelombang haba yang panjang.

Tahun paling panas di Itali ialah 2018, apabila suhu mencecah 1.58 darjah Celcius melebihi purata.

Related posts

Leave a Comment