97.3 % dewasa lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 12 Dis. – Sebanyak 78.1 peratus atau 25,496,019 daripada populasi keseluruhan telah lengkap divaksinasi setakat semalam manakala 79.4 peratus atau 25,919,658 mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Berdasarkan data portal COVIDNOW, sebanyak 97.3 peratus atau 22,772,882 daripada populasi dewasa telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 manakala

98.7 peratus atau 23,094,811 telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi remaja pula, seramai 2,723,137 individu atau 86.5 peratus telah melengkapkan dua dos sementara 89.7 atau 2,824,847 mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi tempoh yang sama, seramai 3,597,902 individu selesai melengkapkan dos penggalak Covid-19 di mana semalam sahaja, terdapat pertambahan 66,622 individu melengkapkan suntikan itu.

Sementara itu, data kemajuan Program Imunisasi mengikut negeri bagi populasi keseluruhan menunjukkan hanya Pahang, Terengganu, Kelantan dan Sabah masih merekodkan kadar vaksinasi di bawah 70 peratus.

Terdapat pertambahan 70,382 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 54.82 juta dos.

Bermula 21 Oktober lalu, penerima vaksin CoronaVac yang lengkap divaksinasi sekurang-kurang selepas tiga bulan, perlu diberikan dos penggalak daripada jenis berbeza (heterolog) iaitu vaksin Comirnaty.

Di samping itu juga, penerima vaksin Comirnaty yang lengkap selepas enam bulan, juga bakal menerima dos penggalak daripada jenis sama (homolog) iaitu Comirnaty.

Related posts

Leave a Comment