Solat hajat minta hujan

RIYADH: Penjaga Dua Masjid Suci Raja Salman mengumumkan solat hajat bagi memohon hujan didirikan di seluruh Arab Saudi esok, 13 Disember. Menurut Saudi Press Agency, kenyataan berkaitan dikeluarkan mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW menunaikan solat hajat bagi memohon hujan. Kenyataan itu juga merayu agar setiap rakyat bertaubat dan meminta pengampunan daripada Tuhan serta melipatgandakan amal ibadah seperti membantu orang lain, bersedekah dan bersembahyang. Ia juga menekankan agar doa dipanjatkan mengikut sunnah Nabi Muhammad. Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan sudahpun menetapkan waktu solat itu, ditunaikan 15 minit selepas matahari…

Read More

5 bulan tempoh ambil dos penggalak

CANBERRA: Australia memendekkan waktu menunggu bagi orang ramai menerima suntikan dos penggalak Covid-19 berikutan peningkatan jumlah kes varian Omicron. Menteri Kesihatan Greg Hunt berkata jarak masa akan dipendekkan kepada lima bulan selepas individu yang berusia atas 18 tahun mendapatkan dos kedua vaksin . Sebelum itu, Australia menyatakan ia akan menawarkan dos penggalak kepada setiap individu yang sudah mendapatkan dos kedua vaksin enam bulan sebelumnya. “Suntikan dos penggalak lima bulan atau lebih lama selepas dos kedua akan memastikan perlindungan daripada suntikan asas yang bahkan lebih kuat dan lagi berpanjangan serta seharusnya…

Read More

97.3 % dewasa lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 12 Dis. – Sebanyak 78.1 peratus atau 25,496,019 daripada populasi keseluruhan telah lengkap divaksinasi setakat semalam manakala 79.4 peratus atau 25,919,658 mendapat sekurang-kurangnya satu dos. Berdasarkan data portal COVIDNOW, sebanyak 97.3 peratus atau 22,772,882 daripada populasi dewasa telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 manakala 98.7 peratus atau 23,094,811 telah menerima sekurang-kurangnya satu dos. Bagi populasi remaja pula, seramai 2,723,137 individu atau 86.5 peratus telah melengkapkan dua dos sementara 89.7 atau 2,824,847 mendapat sekurang-kurangnya satu dos. Bagi tempoh yang sama, seramai 3,597,902 individu selesai melengkapkan dos penggalak Covid-19 di mana semalam…

Read More

Kadar kebolehjangkitan kekal 0.97

PUTRAJAYA 12 Dis. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara semalam kekal pada kadar 0.97, untuk tempoh tiga hari berturut-turut. Kadar tertinggi pula direkodkan Perlis dengan kadar 1.05 diikuti Melaka 1.03, Negeri Sembilan 1.02, Pulau Pinang 1.02, Pahang 1.01, Johor 1.01 dan Terengganu 1.00. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merekodkan 0.98 manakala Perak, Kelantan dan Selangor masihg-masing dengan kadar 0.97. Negeri-negeri yang merekodkan kadar di bawah 0.97 adalah Kedah 0.94, Wilayah Persekutuan Labuan 0.93, Sabah 0.87, Wilayah Persekutuan Putrajaya 0.85, dan Sarawak 0.73.

Read More

31 lagi kematian Covid-19

PUTRAJAYA 12 Dis. – Kementerian Kesihatan melaporkan 31 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan kematian 30,862 orang, daripada 2.68 juta kes positif yang dikesan di negara ini. Menurut data di portal COVIDNOW, tujuh daripada 31 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID). Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses pengesahan sama ada pesakit meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa. Sementara itu, terdapat 60,778 kes aktif Covid-19…

Read More