31 lagi kematian Covid-19

PUTRAJAYA 12 Dis. – Kementerian Kesihatan melaporkan 31 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan kematian 30,862 orang, daripada 2.68 juta kes positif yang dikesan di negara ini.

Menurut data di portal COVIDNOW, tujuh daripada 31 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses pengesahan sama ada pesakit meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 60,778 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada

jumlah itu, 49,910 individu atau 82.1 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 5,867 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 4,605 kes dirawat di hospital dan 396 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 185 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 211 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment