Solat hajat minta hujan

RIYADH: Penjaga Dua Masjid Suci Raja Salman mengumumkan solat hajat bagi memohon hujan didirikan di seluruh Arab Saudi esok, 13 Disember.

Menurut Saudi Press Agency, kenyataan berkaitan dikeluarkan mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW menunaikan solat hajat bagi memohon hujan.

Kenyataan itu juga merayu agar setiap rakyat bertaubat dan meminta pengampunan daripada Tuhan serta melipatgandakan amal ibadah seperti membantu orang lain, bersedekah dan bersembahyang.

Ia juga menekankan agar doa dipanjatkan mengikut sunnah Nabi Muhammad.

Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan sudahpun menetapkan waktu solat itu, ditunaikan 15 minit selepas matahari terbit di semua wilayah Saudi, dengan komitmen untuk melaksanakan langkah berjaga-jaga. 

Related posts

Leave a Comment