Jangan ‘simpan’ vaksin

GENEVA: Negara-negara kaya diingatkan supaya tidak menyimpan bekalan vaksin Covid-19 untuk suntikan penggalak ketika Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)  berusaha untuk membendung varian baharu Omicron.

Pengarah Vaksin WHO, Kate O’Brien berkata  tindakan berkenaan akan menjejaskan bekalan ke negara-negara miskin yang kadar vaksinasinya masih rendah.

Katanya, ketika dunia berdepan risiko penularan varian Omicron, dikhuatiri terdapat isu bekalan vaksin global di mana ia akan disalurkan ke negara kaya.

Beliau berkata, kadar vaksinasi yang rendah bagi sesebuah negara akan menimbulkan risiko varian baharu yang lebih berbahaya.

Dilaporkan, banyak negara Barat sudah melancarkan dos penggalak yang menyasarkan warga emas, individu yang mempunyai masalah kesihatan.

Pada ketika ini, pakar masih belum mengetahui sejauh mana keberkesanan vaksin dalam membendung Omicron, namun ia terbukti dalam memperlahankan jangkitan Covid-19 dan komplikasinya.

Sementara itu , Pengarah Kecemasan WHO, Mike Ryan turut memaklumkan, varian Omicron dilaporkan lebih pantas menular.

Katanya, pihaknya masih belum mendapatkan maklumat lanjut mengenai implikasi secara klinikal dan terhadap vaksin.

Namun, katanya, dengan kesamarataan vaksin akan mampu membawa perubahan besar dalam menentang wabak ini pada 2022.

Related posts

Leave a Comment