25.4 juta lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 4 Dis. – Seramai 25,433,150 atau 77.9 peratus daripada populasi keseluruhan telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 manakala 79.2 peratus atau 25,872,462 mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Sebanyak 20.8 peratus atau 2,844,621 daripada populasi keseluruhan pula menerima dos penggalak.

Di samping itu, sebanyak 97.0 peratus atau 22,714,044 daripada populasi dewasa telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 dan 98.4 peratus atau 23,044,061  menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sebanyak 1.6 peratus atau 2,844,621 daripada populasi dewasa menerima dos penggalak

Bagi populasi remaja pula, seramai 2,719,106 individu atau 86.4 peratus telah melengkapkan dua dos manakala 89.9 peratus atau 2,828,401 menerima satu dos.

Sementara itu, data kemajuan program imunisasi mengikut negeri bagi populasi keseluruhan menunjukkan hanya Pahang, Terengganu, Kelantan dan Sabah masih merekodkan kadar vaksinasi di bawah 70 peratus.

Terdapat pertambahan 125,927 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 53.960,016 dos.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan suntikan vaksin kepada rakyat Malaysia untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

Related posts

Leave a Comment