564 kes harian di Filipina

MANILA 2 DIs. – Jumlah kes harian Covid-19 di Filipina hari ini masih kekal di bawah 1,000 apabila merekodkan 564 kes berbanding 500 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 2,833,473.

Sehingga pukul 4 petang ini, Jabatan Kesihatan (DoH) juga merekodkan 40 kematian dan ini membawa kepada peningkatan jumlah yang meninggal dunia kepada 48,752 orang.

Bagaimanapun kes sembuh mengatasi jumlah kes positif dengan merekodkan

694 pesakit pulih menjadikan jumlah keseluruhan 2,769,533 orang telah pulih.

Kes aktif pula sebanyak 15,188 menunjukkan sedikit penurunan iaitu berbanding kes yang direkodkan semalam 15,327.

Related posts

Leave a Comment