Jumlah kes harian meningkat

PUTRAJAYA 2 Dis. – Sebanyak 5,806 kes baharu Covid-19 dilaporkan setakat pukulĀ  12 tengah hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini, berkata pertambahan jangkitan baharu itu menjadikan jumlah terkumpul kes di negara ini mencecah 2,644,027.

Jangkitan baharu yang dilaporkan meningkat daripada 5,439 kes yang direkodkan setakat pukul 12 tengah hari semalam.

Daripada kes baharu semalam, sebanyak 5,418 membabitkan penularan tempatan, manakala 21 lagi adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Related posts

Leave a Comment