55 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 1 Dis. – Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 55 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 30,425 kematian daripada 2,626,879 kes positif yang dikesan.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, lapan daripada 55 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses pengesahan sama ada pesakit meninggal dunia akibat pandemik tersebut.

Sementara itu, terdapat 65,153 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada

jumlah itu, 52,954 individu atau 81.3 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 6,539 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 5,151 kes dirawat di hospital dan 509 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 257 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 252 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment