25 juta lengkap dua dos

PUTRAJAYA 24 Nov. – Sebanyak 76.6 peratus atau 25,028,412 individu daripada populasi keseluruhan melengkapkan suntikan vaksin Covid-19, setakat semalam manakala 78.6 peratus atau 25,696,859 menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Di samping itu seramai 22,425,264 individu atau 95.8 peratus daripada populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 dan 98 peratus atau 22,936,203 daripada populasi dewasa mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi remaja pula, seramai 2,603,148 individu atau 82.7 peratus telah melengkapkan dua dos.

Sementara itu, data kemajuan program imunisasi mengikut negeri bagi populasi keseluruhan menunjukkan hanya Pahang, Terengganu, Kelantan dan Sabah masih merekodkan kadar vaksinasi di bawah 70 peratus.

Terdapat pertambahan 135,631 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi dewasa dan remaja.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 52,232,576 dos.

Related posts

Leave a Comment