47 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 24 Nov. – Kementerian Kesihatan melaporkan 47 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 30,110, daripada 2,591,311 juta kes positif yang dikesan di negara ini.

Menurut data di portal COVIDNOW, 10 daripada 47 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 68,625 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 54,940 individu atau 80.1 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah, 7,529 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).

Sebanyak 5,624 kes dirawat di hospital dan 532 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 266 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 266 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment