24 lagi kematian Covid-19

PUTRAJAYA 23 Nov. – Setakat malam tadi, jumlah keseluruhan kematian disebabkan Covid-19 mencecah 30,002 orang daripada 2,580,874 kes positif yang dikesan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 24 lagi kematian baharu akibat wabak itu, dilaporkan semalam.

Menurut data di portal COVIDNOW, enam daripada 24 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses pengesahan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut.

Sementara itu, terdapat 68,790 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 55,026 individu atau 80 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah, 7,792 ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 5,431 kes dirawat di hospital dan 541 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 274 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 267 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment