Mesir uji vaksin tempatan Covi Vax

KAHERAH: Badan Kajian Kebangsaan Mesir akan memulakan ujian klinikal vaksin Covid-19 buatan tempatan yang dikenali Covi Vax, kata Pemangku Menteri Kesihatan, Khaled Abdel Ghaffar .

Katanya, kementeriannya akan menjalankan ujian klinikal terhadap vaksin itu bermula dengan puluhan individu dan akan diperluaskan kepada ratusan rakyat dan kemudian akan melibatkan ribuan orang.

Vaksin buatan Mesir itu telah diiktiraf dalam senarai pengeluaran oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Pada 12 November lalu, 12 vaksin COVID-19 di bawah senarai pengeluaran seluruh dunia dikategorikan sebagai pra-ujian klinikal.

Namun, susulan pengumuman Mesir ini, ia bermakna para pengkaji sudah bergerak satu langkah ke hadapan dan kini sudah memulakan suntikan kepada mereka yang terlibat.

Menurut Ghaffar lagi, ini adalah usaha penting dalam memastikan vaksin tempatan yang dibangunkan dapat digunakan pada masa hadapan.

Setakat ini lebih 14 peratus populasi rakyat Mesir sudah melengkapkan vaksinasi mereka.

Related posts

Leave a Comment