Perancis rayu ambil dos penggalak

PARIS: Peningkatan semula kes Covid-19 yang membimbangkan di seluruh Eropah mendorong Perancis merayu rakyatnya mendapatkan suntikan penggalak.

Presiden Emmanuel Macron berkata, mereka yang berumur lebih 65 tahun dan telah mendapat vaksin lebih enam bulan lalu perlu mendapatkan suntikan penggalak segera jika mahu pas kesihatan mereka kekal sah.

Macron juga akan meningkatkan penguatkuasaan bagi pas kesihatan untuk ke tempat awam dan juga restoran di Perancis.

Suntikan penggalak pada masa ini dibenarkan untuk sesiapa yang berumur lebih 65 tahun atau kepada yang mempunyai keadaan kesihatan tertentu.

Bagaimanapun, ia akan diperluaskan kepada mereka yang berumur 50 tahun ke atas menjelang Disember.

Menurut Macron, kebanyakan mereka yang dimasukkan ke hospital akibat jangkitan Covid-19 juga terdiri daripada mereka yang enggan divaksinasi.

Setakat ini, hampir 75 peratus penduduk Perancis telah mendapat vaksin lengkap. Daripada jumlah itu, 88 peratus adalah populasi dewasa.

Bagaimanapun jumlah itu kian mendatar dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Related posts

Leave a Comment