54 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 7 Nov. – Kementerian Kesihatan melaporkan sejumlah 54 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 29,256 kes.

Menurut data di portal COVIDNOW, 12 daripada 54 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID).

Kes kematian dilaporkan itu melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Ini berikutan proses yang mengambil masa bagi mengesahkan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut.

Sementara itu, terdapat 65,505 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada jumlah itu, 51,103 individu atau 78 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 8,389 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), 5,469 kes dirawat di hospital dan 544 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 264 pesakit tidak memerlukan bantuan pernafasan dan 280 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment