243 juta kes global, 6.78 bilion Pas

LEBIH 6.78 bilion dos vaksin Covid-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga pagi Ahad, 24 Oktober, demikian menurut data Johns Hopkins University.

China mendahului dengan lebih 2.24 bilion dos diikuti India sebanyak lebih satu bilion dos manakala Amerika Syarikat (AS) dengan lebih 411 juta dos vaksin.

Brazil mencatatkan lebih 263 juta dos sementara Jepun melebihi 183 juta manakala Turki, Jerman dan Mexico catat angka melepasi 100 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia merekodkan 180 juta dos, diikuti Thailand melebihi 69 juta manakala Filipina 54 juta, Malaysia melebihi 48 juta dan Singapura hampiri 10 juta dos vaksin.

Sementara itu, Johns Hopkins University melaporkan, jumlah kumulatif kes positif Covid-19 seluruh dunia ketika ini melebihi 243.2 juta dengan AS  paling terjejas dengan 45 juta kes diikuti India lebih 34 juta kes dan Brazil lebih 21.6 juta kes.

United Kingdom mencatatkan lebih 8.7 juta kes, Rusia lebih 8 juta kes manakala  Perancis dan Turki pula mencatatkan lebih 7 juta kes.

Argentina melebihi 5 juta, Colombia serta Sepanyol yang menghampiri lima juta.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia merekodkan lebih 4.2 juta kes.diikuti Filipina lebih 2.7 juta, Malaysia lebih 2.4 juta dan Thailand dengan 1.8 juta manakala Singapura merekodkan lebih 165,000 kes.

Related posts

Leave a Comment