Cadangan dos vaksin berbeza

AMERIKA SYARIKAT: Jabatan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) merancang bagi membolehkan rakyat negara itu mendapatkan dos perangsang vaksin Covid-19 yang berbeza daripada yang diambil sebelumnya.

Menurut laporan media, pada September lalu, FDA  meluluskan dos perangsang vaksin Pfizer dan rakan kongsinya BioNTech bagi mereka yang berusia 65 tahun dan ke atas dan juga beberapa rakyat Amerika yag berisiko tinggi.

Panel penasihat FDA itu turut menyokong penggunaan dos perangsang vaksin Moderna dan Johnson & Johnson.

AS bagaimanapun enggan menyarankan supaya mengambil suntikan ketiga daripada syarikat berbeza dan mungkin menyatakan bahawa mengambil vaksin yang sama bagi dos perangsang menjadi pilihan.

FDA menurut laporan itu bagaimanapun enggan memberikan komen.

Satu kajian oleh Institut Kesihatan Nasional pada minggu lalu menunjukkan bahawa penerima vaksin Johnson & Johnson sebagai dos pertama mempunyai respons daya imun yang lebih kuat apabila disuntik dos perangsang daripada Pfizer dan Moderna.

Related posts

Leave a Comment