241 juta kes global, 6.65 bilion dos

JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 seluruh dunia ketika ini (awal pagi 19 Oktober ) melebihi 241 juta, berikutan lebih 300,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas, demikian menurut data terbaharu Johns Hopkins University.

Amerika Syarikat (AS) masih kekal negara paling tinggi dengan 45 juta kes, diikuti India lebih 34 juta dan Brazil dengan lebih 21.6 juta kes.

United Kingdom mencatatkan lebih 8.5 juta kes, manakala Rusia, Perancis dan Turki antara negara yang mencatatkan lebih 7 juta kes, Argentina melebihi 5 juta diikuti Colombia serta Sepanyol semakin hampir kepada jumlah tersebut.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan angka tertinggi melebihi 4.2 juta kes, diikuti Filipina p lebih 2.7 juta, Malaysia lebih 2.3 juta kes, Thailand dengan 1.7 juta kes manakala Singapura merekodkan lebih 150,000 kes.

Sementara itu lebih 6.65 bilion dos vaksin Covid-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga pagi Selasa.

China mendahului dengan lebih 2.23 bilion dos vaksin diikuti India 986 juta dos, AS lebih 407 juta dos vaksin, Brazil lebih 257 juta dos dan Jepun melebihi 180 juta.

Manakala Turki, Jerman dan Mexico mencatatkan angka melepasi 100 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia merekodkan 171 juta dos diikuti Thailand melebihi 65 juta, Filipina 52 juta dan Malaysia melebihi 48 juta.

Singapura pula dengan lebih 9 juta dos vaksin.

Related posts

Leave a Comment