Kadar kebolehjangkitan kekal 0.88

PUTRAJAYA 19 Okt. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 di Malaysia kekal 0.88 untuk tiga hari berturut-turut.

Bagaimanapun sembilan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan dengan Negeri Sembilan mencatatkan kadar tertinggi 1.04.

Ini diikuti Putrajaya 1.02, Kuala Lumpur 1.01, Selangor 0.97, Melaka 0.96, Perlis 0.92, Kelantan 0.92, Sabah 0.90 dan Johor 0.88.

Enam negeri mencatatkan R-naught di bawah purata kebangsaan iaitu Terengganu 0.85, Kedah 0.84, Pahang 0.84, Perak 0.83, Pulau Pinang 0.81 dan Sarawak 0.79.

Wilayah Persekutuan Labuan merekodkan dua kes baharu Covid-19.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment