Lagi 3,181 dos penggalak diberi

PUTRAJAYA 17 Okt. – Sebanyak 3,181 dos penggalak vaksin Covid-19 diberikan kepada kumpulan sasar, semalam, menjadikan jumlah kumulatifnya kini mencecah 18,766 selepas dilancarkan pada Khamis lalu.

Kementerian Kesihatan menerusi portal COVIDNOW turut menjelaskan 128,347 suntikan vaksin diberikan, semalam, yang membawa kepada jumlah kumulatif 46,761,751 dos.

Dalam pada itu, 2,569,156 orang (7.9 peratus) pula belum lengkap divaksin dan 7,941,618 (24.3 peratus) lagi tiada vaksinasi.

Perkongsian sama turut menyaksikan seramai 716,332 atau 22.8 peratus populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun lengkap imunisasi, manakala 1,734,020 (55.1 peratus) belum lengkap vaksinasi dan 697,148 (22.2 peratus) tiada vaksinasi.

Semalam sebanyak 7,509 kes harian dilaporkan, tanpa kematian baharu.

Sejak Covid-19 melanda negara, jumlah keseluruhan korban telah mencecah 27,858 kes, dengan 5,635 kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Kematian itu meliputi 68.7 peratus kes tiada vaksinasi, manakala belum lengkap vaksinasi (21.6 peratus) dan sudah lengkap divaksin (9.7 peratus).

Secara keseluruhan, kadar penggunaan alat bantuan pernafasan di seluruh negara mencecah 40.6 peratus atau 344 kes; kes aktif di Unit Rawatan Rapi (ICU) (60 peratus atau 694 kes); dan pesakit Covid-19 diwadkan (64.2 peratus atau 1,475 kes).

Related posts

Leave a Comment