Kadar kebolehjangkitan turun, 0.87

PUTRAJAYA 16 Okt. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 (Rt) turun kepada 0.87 semalam selepas empat hari berada pada kadar 0.88 seterusnya kekal berada di bawah 1.00 dalam tempoh sebulan ini.

Bagaimanapun dua negeri merekodkan bacaan Rt lebih 1.00 iaitu Wilayah Persekutuan Putrajaya 1.04 dan Negeri Sembilan 1.03.

Tujuh negeri lagi turut merekodkan kadar melebihi purata kebangsaan iaitu  Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.97, Kelantan 0.96, Perlis 0.96, Terengganu 0.92, Melaka 0.92, Selangor 0.91 dan Sabah 0.88.

Negeri-negeri lain merekodkan kadar lebih rendah iaitu Pulau Pinang 0.85, Johor 0.84, Kedah 0.84, Pahang 0.84, Perak 0.80, Sarawak 0.76

Labuan pula merekodkan enam kes.

Mengikut rekod Kementerian Kesihatan (KKM), Rt terendah pernah dicatatkan adalah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala Rt tertinggi yang pernah direkodkan ialah 1.16 pada 28 Julai lalu.

Nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus iaitu berapa ramai individu boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment