90 peratus lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 11 Okt. – Kadar vaksinasi Covid-19 penduduk dewasa negara mencapai angka 90 peratus, semalam apabila 21,073,482 populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin.

Berdasarkan portal COVIDNOW, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, 94.8 peratus atau 22,185,520 populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Lembah Klang mencatat jumlah tertinggi diberikan dos kepada golongan dewasa iaitu 112.1 peratus diikuti Labuan (99.1 peratus), Negeri Sembilan (98.6 peratus) dan Perlis (93.2 peratus).

Paling rendah adalah Sabah (65.1 peratus), diikuti Kelantan (73.6 peratus), Kedah (79.5 peratus), Perak (79.8 peratus) dan Pahang (80.3 peratus).

Negeri yang mencapai kadar vaksinasi 80 peratus ke atas ialah Pulau Pinang, Sarawak, Melaka, Johor serta Terengganu.

Bagi populasi keseluruhan, seramai 21,305,196 individu atau 65.2 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 manakala 74.9 peratus atau 24,457,378 daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Selain itu, seramai 231,714 atau 7.4 peratus daripada populasi remaja telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin.

Terdapat pertambahan 129,518 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi tersebut.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi program imunisasi Covid-19 kebangsaan (PICK) adalah 45,650,714 dos.

Related posts

Leave a Comment