Kadar kebolehjangkitan 0.89

PUTRAJAYA 3 Okt. – Nilai kadar kebolehjangkitan Covid-19 di Malaysia mencatatkan penurunan semalam (Sabtu) dengan angka itu susut kepada 0.89 berbanding 0.90 pada hari sebelumnya.

Sembilan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan didahului Perlis 1.05 dan Wilayah Persekutuan Putrajaya 1.00.

Ini diikuti Melaka 0.99, Pahang 0.98, Kelantan 0.98, Terengganu 0.98, Negeri Sembilan 0.97, Sarawak 0.92 dan Perak 0.92.

Enam negeri mencatatkan R-naught di bawah purata kebangsaan iaitu Johor 0.87, Selangor 0.87, Kedah 0.85, Kuala Lumpur 0.84, Pulau Pinang 0.84 dan Sabah 0.84.

Labuan mencatatkan empat kes baharu Covid-19.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment