Kadar kebolehjangkitan 0.90

PUTRAJAYA 1 Okt. – NilaI kadar kebolehjangkitan (R-naught) di Malaysia mencatatkan sedikit peningkatan semalam iaitu 0.90 berbanding 0.89 pada hari sebelumnya.

Sembilan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan didahului Wilayah Persekutuan Putrajaya iaitu 1.02.

Ini diikuti Pahang 0.99, Perlis 0.99, Melaka 0.98, Kelantan 0.97, Terengganu 0.96, Perak 0.94, Sarawak 0.92 dan Johor 0.91.

Sementara itu, enam negeri mencatatkan R-naught di bawah purata kebangsaan iaitu Negeri Sembilan 0.89, Kedah 0.87, Selangor 0.86, Kuala Lumpur 0.84, Pulau Pinang 0.84 dan Sabah 0.83.

Labuan mencatatkan satu kes baharu Covid-19.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment