192 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 1 Okt. – Setakat tengah malam tadi, sebanyak 192 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 26,335 kes, iaitu 1.17 peratus daripada 2,240,834 kes positif Covid-19.

Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah kematian yang dilaporkan itu bagaimanapun turut merangkumi sejumlah kes tertunggak kerana ada di antara kes meninggal dunia itu berlaku beberapa minggu lalu.

Tunggakan kes itu berlaku kerana proses bagi mengesahkan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat pandemik itu, mengambil masa.

Berdasarkan purata jumlah kes kematian harian sebenar selama tujuh hari, trend kematian pesakit Covid-19 menunjukkan penurunan selaras peningkatan jumlah populasi lengkap divaksin serta yang menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Daripada 192 kes kematian yang dilaporkan semalam, 40 daripadanya adalah di Sarawak, ini diikuti Johor (34), Selangor (25), Perak (23), Pulau Pinang (21), Sabah (20), Kedah (9), Terengganu (8), Kuala Lumpur (7), Melaka dan Perlis masing-masing (4), Negeri Sembilan (2), Kelantan dan Pahang masing-masing (1).

Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya  mencatatkan sifar kes kematian.

Related posts

Leave a Comment