Jangkitan, kematian meningkat

KES jangkitan Covid-19 di seluruh dunia mencecah 6.8 juta dengan kematian meningkat 362,678 setakat 6.30 pagi ini.

Data dari Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) mendahului angka jangkitan dengan merekodkan 1,909,077 dan kematian 109,497.

Brazil menduduki tempat kedua dengan 645,771 kes dan Rusia 458,102 kes.

Empat negara merekodkan lebih 200,000 kes dan dua melebihi 190,000 kes iaitu United Kingdom 286,294, India 246,622, Sepanyol 241,310, Itali 234,801, Peru 191,758 dan Perancis 190,759 

Sementara Jerman merekodkan 185,450 kes diikuti Iran 169,425, Turki 169,218 dan Mexico 110,026.

Tiga negara iaitu Arab Saudi, Kanada dan Pakistan mengatasi kes jangkitan di China tempat berasalnya virus itu dengan jumlah kes melebihi 90,000 kes.

China merekodkan 84,181 kes sementara Arab Saudi 98,869, Kanada 96,475, dan Pakistan 93.983.

Bagi kes kematian, selain AS, turut mencatatkan kes tertinggi adalah United Kingdom 40,548, Brazil 35,026, Itali 33,846, Perancis 29,114, Sepanyol 27,135 dan Mexico 13,170.

Sementara itu negara lain yang mengatasi kes kematian di China ( 3,534 ) adalah Belgium 9,580, Jerman 8,673, Iran 8,209, Kanada 7,814, India 6,946, Netherland 6,030, Rusia 5,717, Peru 5,162, Turki 4,669 dan  Sweden 4,656.

Related posts

Leave a Comment