Kadar kebolehjangkitan kepada 0.90

PUTRAJAYA 24 Sept. – Kadar kebolehjangkitan di Malaysia sekali lagi mencatatkan penurunan dengan nilai susut kepada 0.90 pada Khamis berbanding 0.92 hari sebelumnya.

Sebanyak sembilan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan, didahului Pahang dengan 1.05.

Ini diikuti Perlis 1.01, Terengganu 0.99, Kelantan 0.99, Johor 0.99 , Perak 0.98, Sarawak 0.98, Putrajaya 0.93 dan Melaka 0.91.

Sementara itu, enam negeri mencatatkan R-naught di bawah purata kebangsaan iaitu Pulau Pinang 0.89, Sabah 0.89, Kedah 0.88, Selangor 0.88, Negeri Sembilan 0.88 dan Kuala Lumpur 0.85.

Labuan mencatatkan lapan kes baharu COVID-19.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu, manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment