116 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 24 Sept. – Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 116 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam Khamis menjadikan jumlah keseluruhan yang meninggal dunia disebabkan pandemik itu sebanyak 24,681 kes.

Data KKM di portal COVIDNOW memaklumkan, 29 daripada jumlah kes kematian harian yang dilaporkan itu berlaku di luar hospital (BID).

Bagaimanapun, jumlah kematian yang dilaporkan itu turut merangkumi sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Sementara kematian sebenar purata tujuh hari direkodkan pada kadar 92 kes.

Antara lain, data tersebut turut menunjukkan kes aktif mencatatkan penurunan iaitu sebanyak 198,284.

Mereka yang perlu menjalani kuarantin di rumah pula adalah 83.4 peratus dengan kadar penggunaan katil di hospital pada 72.6 peratus di seluruh negara.

Related posts

Leave a Comment