Menteri Kesihatan Brazil positif

NEW YORK: Menteri Kesihatan Brazil, Marcelo Queiroga disahkan positif beberapa jam selepas menemani Presiden Jair Bolsonaro ke Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York, Amerika Syarikat.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan kerajaan Brazil, Queiroga yang dalam keadaan stabil akan menjalani proses kuarantin di bandar itu.

Menurut kenyataan itu, anggota delegasi lain turut diuji dan keputusan mereka semuanya negatif.

Beliau merupakan delegasi Brazil kedua dikesan positif Covid-19 selepas seorang pegawai diplomatik didapati positif dan kini menjalani proses kuarantin.

Brazil mencatatkan lebih 590,000 kes kematian, negara kedua tertinggi di dunia selepas Amerika Syarikat.

Related posts

Leave a Comment