Kadar kebolehjangkitan turun lagi

PUTRAJAYA 19 Sept. – Nilai kadar kebolehjangkitan sekali lagi mencatat trend penurunan,  dua hari berturut-turut dengan 0.94 semalam (Sabtu) berbanding 0.95 pada hari sebelumnya.

Sebanyak tujuh negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan didahului Sarawak dengan merekodkan kadar tertinggi 1.08.

Ini diikuti Terengganu 1.05, Pahang 1.05, Perak 1.01, Johor 1.01, Pulau Pinang 0.99 dan Kelantan 0.97.

Lapan negeri mencatat R-naught di bawah purata kebangsaan iaitu Putrajaya 0.93, Perlis 0.92, Melaka 0.92, Sabah 0.91, Kedah 0.91, Negeri Sembilan 0.86, Selangor 0.84, dan Kuala Lumpur 0.81.

Labuan, yang sudah mencapai imuniti kelompok mencatatkan 11 kes baharu Covid-19.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment