Belanda mansuh penjarakan fizikal

THE HAGUE: Mulai 25 September ini, tiada lagi penjarakan fizikal di Belanda apabila prosedur operasi standard (SOP) berkaitan penjarakan fizikal 1.5 meter itu dimansuhkan.

Perdana Menteri, Mark Rutte berkata, pemansuhan itu adalah bahagian penting kelonggaran yang diberikan sejak ia dikuatkuasakan 18 bulan lalu.

Mengumumkan keputusan tersebut pada Selasa, 14 September, pemansuhan itu serentak dengan keputusan kerajaan mewajibkan pas digital kesihatan Covid-19 untuk memasuki beberapa premis seperti bar, restoran dan teater.

Katanya selepas mengalami banyak contoh situasi penjarakan fizikal dalam kehidupan peribadi termasuk ketika mahu menenangkan seseorang yang bersedih, perturan itu tidak lagi diwajibkan.

“Itulah sebabnya saya dengan gembira mengumumkan hari ini kita dapat menghapuskan jarak sejauh 1.5 meter sebagai kewajiban di mana-mana pada hari Sabtu 25 September,” katanya.

Sementara itu penggunaan pas digital akan menunjukkan individu telah diberikan vaksin sepenuhnya, ujian saringan negatif atau baru pulih daripada Covid-19.

Negara-negara Eropah lain seperti Perancis sudah mempunyai peraturan yang serupa yang memerlukan pas COVID-19 untuk masuk ke tempat awam seperti bar dan restoran.

Sehingga 5 September, sebanyak 62 peratus penduduk Belanda dari 17.5 juta orang telah divaksinasi sepenuhnya, termasuk 77 peratus orang dewasa.

Related posts

Leave a Comment