4.16 juta kes, 285,000 korban

UMLAH kes positif Covid-19 di seliruh dunia meningkat kepada lebih 4.16 juta kes manakala kematian pula bertambah sebanyak 3,000 kes dalam tempoh 24 jam menjadikan 285,000 kes.

Menurut data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat (AS) satu-satunya negara yang mempunyai kes melebihi 1 juta dengan jumlah kumulatif 1.34 juta sementara angka korban di negara itu melebihi 80,000 kes.

Empat negara lain mempunyai angka jangkitan melebihi 200,000 iaitu Sepanyol 227,436, United Kingdom (UK) 224,329, Rusia 221,344 dan Itali 219,814

Ini diikuti lima negara yang merekodkan angka jangkitan melepasi 100,000 iaitu Perancis 177,547, Jerman 172,517, Brazil 165,475, Turki 139,771 dan Iran 109,286.

China pula merekodkan 84,010 kes.

Sementara itu, United Kingdom (UK) merekodkan 32,141 kematian, diikuti Itali 30,739, Sepanyol 26,744 dan Perancis 26,646 diikuti Brazil 8,707 kematian.

Jumlah pesakit yang sembuh seluruh dunia pula meningkat kepada 1.43 juta kes.

Setakat ini, 187 buah negara mempunyai kes pandemik tersebut.

Related posts

Leave a Comment