Singapura lapor 555 kes harian

SINGAPURA 12 Sept. – Singapura melaporkan 550 jangkitan tempatan baharu Covid-19 dan lima kes import setakat tengah hari semalam Sabtu (11 Sep) menjadikan jumlah keseluruhan 71,162.

Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah kes tempatan merangkumi 486 kes dalam masyarakat dan 64 penghuni asrama pekerja asing.

Daripada jumlah kes tempatan itu, seramai 145 orang, adalah warga emas berusia 60 tahun ke atas.

Dua kluster besar juga direkodkan iaitu Chinatown Complex dengan 44 kes baharu dan kluster PCF Sparkletots Braddell Heights dengan tiga kes baharu.

Terdapat 66 jangkitan dihubung kait dengan kluster Chinatown Complex iaitu melibatkan 58 pnggerai dan pembantu kedai, empat pekerja pembersihan, seorang duta jarak selamat dan tiga kontak seisi rumah pekerja.

Bagi kluster PCF Sparkletots Braddell Heights, p di 335 Serangoon Avenue 3, terdapat p 22 jangkitan keseluruhannya dikaitkan dengan kluster itu.

Jangkitan di prasekolah itu terdiri daripada murid dalam kelas yang sama, dengan penularan lanjut dalam kontak rapat seisi rumah

Berikutan penularan kes, Chinatown Complex akan ditutup kepada orang ramai hingga 15 September untuk memutuskan sebarang kemungkinan rantaian jangkitan dan membolehkan kerja-kerja pembersihan menyeluruh dijalankan.

Ujian percuma Covid-19 juga akan ditawarkan kepada orang ramai yang telah pergi ke Chinatown Complex antara 8 dengan 11 September tetapi tidak menerima amaran risiko kesihatan.

Mereka yang mengunjungi Chinatown Complex antara 8 dengan 11 September dinasihatkan agar memantau kesihatan masing-masing dan mengurangkan pergaulan sosial sebanyak mungkin, selama 14 hari dari tarikh lawatan mereka.

Related posts

Leave a Comment