Kadar kebolehjangkitan kekal 1.02

PUTRAJAYA 1 Sept. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 kekal pada 1.02 semalam,  Selasa sama seperti hari sebelumnya.

Sebanyak sembilan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan, didahului Sarawak dengan 1.20.

Ini diikuti Perlis 1.19, Sabah 1.11, Pulau Pinang 1.10, Johor 1.10, Perak 1.05, Kelantan 1.05, Kedah 1.04 dan Terengganu 1.04.

Pahang, satu-satunya negeri yang menyamai purata kebangsaan. manakala negeri-negeri lain mencatatkan kadar kebolehjangkitan di bawah paras itu.

Selangor mencatatkan 0.94, Melaka 0.91, Putrajaya 0.87, Kuala Lumpur 0.83 dan Negeri Sembilan 0.82

Labuan pula mencatat satu kes baharu.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment