256 juta penduduk EU dapat vaksin

BRUSSELS 1 Sept.  – Kira-kira 256 juta orang atau lebih 70 peratus populasi dewasa dalam kalangan 27 negara Kesatuan Eropah (EU) sudah melengkapkan vaksinasi mereka, katan Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen.

Katanya, pencapaian angka itu pada bulan Ogos sebagai perkembangan memberangsangkan tetapi menegaskan perang melawan pandemik Covid-19 masih belum berakhir dan menggesa lebih ramai mendapatkan vaksin.

“Namun pandemik ini masih belum berakhir dan kita perlu terus berhati-hati. Pertama sekali, lebih ramai rakyat Eropah perlu mendapatkan vaksin secepat mungkin untuk mengelakkan gelombang baharu penularan dan menghentikan pembentukan varian baharu, “ katanya semalam.

Beliau berkata, mendapatkan vaksin adalah satu-satunya cara untuk melindungi diri sendiri dan orang lain.

Pada masa yang sama, katanya, negara lain juga perlu dibantu bagi menjayakan vaksinasi ini terutama dalam kalangan negara berpendapatan rendah dan sederhana.

Related posts

Leave a Comment