Pfizer mohon kelulusan dos ketiga

PFIZER-BioNTech memohon kelulusan daripada Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) bagi suntikan ketiga atau ‘booster shot’ vaksin Covid-19.

Syarikat farmaseutikal itu menyasarkan untuk menyelesaikan penyerahan dokumen permohonan kelulusan menggunakan suntikan ketiga pada individu berusia 16 tahun ke atas pada akhir minggu ini.

Pfizer menjelaskan suntikan ketiga mampu mendorong peningkatan imunisasi tiga kali ganda terhadap koronavirus.

Pentadbiran AS sebelum ini mengumumkan sudah bersiap sedia untuk memberikan dos ketiga dari vaksin Pfizer dan Moderna pada pertengahan September.

Pfizer berkata, 306 individu diberikan dos ketiga vaksin antara lima hingga lapan bulan selepas dua dos menunjukkan tahap imunisasi meningkat tiga kali ganda lebih tinggi selepas suntikan kedua mereka.

Kajian yang belum diterbitkan itu turut mendapati kesan sampingan dos ketiga serupa dengan dos kedua antaranya keletihan ringan dan sederhana dan sakit kepala.

Beberapa negara telah meluluskan suntikan ketiga manakala Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berharap suntikan ketiga vaksin Covid-19 ditangguhkan bagi memastikan semua negara mendapat akses vaksin yang sama rata.

Related posts

Leave a Comment