Kematian ke-50 Covid-19 Singapura

SINGAPURA 24 Ogos – Seorang wanita berusia 86 tahun meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, kematian ke-13 di Singapura sepanjang bulan ini.

Wanita tempatan itu yang belum divaksin mempunyai sejarah barah dan darah tinggi dimasukkan ke Hospital Besar Changi pada 23 Julai bagi masalah perubatan yang tidak berkaitan.

Beliau diuji negatif Covid-19 ketika dimasukkan ke hospital dan pada 29 Julai dan dikesan dijangkiti Covid-19 pada 2 Ogos apabila menjalani ujian sekali lagi setelah dikenal pasti sebagai kontak rapat seorang pesakit yang merupakan kes disahkan.

Setakat Isnin, 50 orang sudah meninggal dunia kerana Covid-19 di Singapura.

Sementara itu Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata, kebanyakan kematian akibat Covid-19 pada Ogos berlaku daripada jangkitan yang berlaku awal bulan ini.

“Ketika itu, kami mempunyai lebih banyak kes harian dan lebih penting lagi jumlah individu yang sudah divaksin rendah,” katanya sambil menarik perhatian bahawa setakat ini, kecuali satu kes, semua yang meninggal dunia pada bulan ini belum lagi menjalani suntikan vaksin penuh.

Ong  menekankan peri pentingnya mendapatkan suntikan vaksin.

Related posts

Leave a Comment