India lulus vaksin tiga dos

INDIA meluluskan penggunaan kecemasan vaksin Covid-19 Zydus Cadila, vaksin suntikan DNA pertama di dunia bagi mengekang virus berkenaan.

Vaksin tiga dos ini  boleh disuntik kepada orang dewasa dan kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas.

Dengan kelulusan oleh Pengawal Selia Perubatan, ia  melonjakkan semula program vaksinasi India yang menyasarkan kesemua orang dewasa disuntik menjelang Disember.

Ia juga akan diberikan kepada mereka yang berusia di bawah 18 tahun.

Vaksin ZyCoV-D menggunakan bahagian bahan genetik daripada virus Covid-19.

Syarikat pengeluar Cadila Healthcare menyasarkan untuk menghasilkan 100 hingga 120 juta dos ZyCoV-D setiap tahun.

Vaksin Zydus Cadila, yang dibangunkan dengan kerjasama Jabatan Bioteknologi, merupakan vaksin kedua mendapat kelulusan kecemasan di India selepas Covaxin Bharat Biotech.

Syarikat itu pada bulan Julai berkata, vaksin Covid-19 dibangunkannya berkesan terhadap mutasi baharu virus itu terutamanya varian Delta.

Suntikan itu juga dilakukan tanpa menggunakan jarum berbanding kaedah tradisional suntikan.

ZyCov-D adalah vaksin keenam yang diluluskan oleh New Delhi selepas Moderna, Covishield, Oxford-AstraZeneca, Covaxin (yang dikembangkan oleh firma India, Bharat Biotech), Sputnik V Rusia, dan Johnson & Johnson.

Related posts

Leave a Comment