R-naught kekal 1.04

PUTRAJAYA 21 Ogos – Kadar kebolehjangkitan (R-naught) Covid-19 kekal untuk hari keempat berturut-turut dengan kadar 1.04 sejak Selasa.

Sebanyak 11 negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan didahului Perlis dengan kadar tertinggi 1.38.

Sarawak mencatatkan 1.31, Sabah 1.23, Pulau Pinang 1.16, Kelantan 1.14, Perak 1.11, Kedah 1.10, Johor 1.06, Pahang 1.06, Melaka 1.05 dan Terengganu 1.05.

Empat negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan di bawah purata kebangsaan iaitu Selangor 0.98, Kuala Lumpur 0.95, Negeri Sembilan 0.92 dan Putrajaya 0.89.

Labuan pula mencatatkan satu kes baharu.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment