38 peratus lengkapi dua dos

PUTRAJAYA 21 Ogos – Setakat semalam sebanyak 38 peratus atau 12,408,803 penduduk negara ini telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 .

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) pada masa sama, seramai 17,961,600 orang atau 55 peratus menerima dos pertama.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini sebanyak 30,370,403 dos.

Bagi vaksinasi harian pula, berlaku pengurangan berbanding semalam apabila angka yang dicatatkan tidak mencapai 500,000.

Sebanyak 483,855 dos diberikan dengan 155,030 adalah dos pertama manakala 328,825 merupakan dos kedua.

Bagi dos pertama, Johor merekodkan 29,323 diikuti Pulau Pinang 15,764 dan Sabah 21,233 manakala dos kedua didahului Selangor 99,070, Kuala Lumpur 60,039 dam Johor 38,681.

Related posts

Leave a Comment