Singapura catat kematian ke-47

SINGAPURA 21 Ogos – Seorang lelaki tempatan berusia 82 tahun meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 pada Khamis, 19 Ogos, kematian ke-47 di Singapura sejak pandemik bermula dan ke-10 bulan ini.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), lelaki yang belum divaksin itu

mengalami simptom pada 30 Julai dan dimasukkan ke Hospital Alexandra selepas diuji positif Covid-19 keesokan harinya.

Beliau mempunyai sejarah masalah jantung, penyakit buah pinggang dan tekanan darah tinggi.

Setakat Jumaat, terdapat 380 pesakit yang masih dirawat di hospital dengan 27 daripada mereka memerlukan bantuan oksigen dan tujuh pula dalam keadaan kritikal di unit jagaan rapi (ICU).

Dalam kalangan mereka yang sakit teruk, 27 adalah warga emas berusia lebih 60 tahun dan 23 daripada mereka tidak divaksinasi atau menjalani satu dos suntikan vaksin.

Mengulas perkembangan program vaksinasi negara, MoH menyatakan 77 peratus penduduk Singapura sudah lengkap divaksinasi manakala 82 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Related posts

Leave a Comment