Singapura cadang dos ketiga

SINGAPURA 20 Ogos – Singapura berkemungkinan memulakan vaksinasi tambahan Covid-19, malahan wajib bagi mereka yang mempunyai sistem imun lemah yang teruk, kata Menteri Kesihatan Ong Ye Kung semalam.

Begitu juga bagi pesakit yang menjalani rawatan barah, pesakit pemindahan organ, pesakit yang menjalani terapi imunosupresif dan pesakit penyakit ginjal tahap akhir yang menjalani dialisis.

“Individu ini kurang bertindak balas terhadap vaksinasi walaupun setelah dua dos, bermakna mereka tidak boleh menghasilkan sebanyak antibodi atau mengaktifkan mekanisme yang diperlukan bagi melawan virus itu. Lantas, dos ketiga vaksin perlu bagi mereka,” katanya.

Jawatankuasa Pakar mengenai Vaksinasi Covid-19 akan membuat saranannya berhubung perkara ini tidak lama lagi.

Pada 8 Julai lalu, bahawa suntikan ketiga vaksin tu mungkin dimulakan sekitar Tahun Baru Cina tahun depan.

Jawatankuasa Pakar mengenai Vaksinasi Covid-19 telahpun menyemak dan memantau data tempatan serta luar negara mengenai vaksin tambahan dan sedang membangunkan saranan mengenai strategi tambahan Singapura.

Ong berkata jawatankuasa pakar sedang mengkaji dua “perkara utama” sebelum memuktamadkan saranan-saranannya.

Pertama adalah kejadian tindak balas buruk dan sama ada ia akan berkurangan atau menjadi lebih kerap berbanding dos pertama atau kedua.

“Jika ia lebih kerap, apakah langkah-langkah yang boleh kita ambil untuk mengurangkan dan menghapuskan risiko itu,” katanya.

Kedua adalah sama ada suntikan ketiga seharusnya dari jenama vaksin yang sama.

“Terdapat asas saintifik untuk mencadangkan bahawa strategi heterologi dapat memberikan perlindungan yang lebih tinggi,” katanya, merujuk kepada kaedah mencampurkan jenama vaksin yang berbeza.

Di Singapura katanya,  terdapat individu  yang mengambil dos pertama vaksin mRNA dan mendapati mereka mempunyai alahan terhadapnya sebelum mengambil dos kedua vaksin Sinovac.

Related posts

Leave a Comment