17,231 kes baharu di Filipina

MANILA 20 Ogos – Jabatan Kesihatan (DoH) mencatatkan 17,231 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 1,807,800 kes.

Setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 5,595 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,653,351 orang pulih atau 91.5 peratus daripada keseluruhan kes.

Jumlah kematian pula meningkat kepada 31,198 orang setelah 317 lagi dilaporkan meninggal dunia.

Kes aktif pula adalah 6.8 peratus atau 123,251 kes.

DoH juga menyatakan jumlah kes dijangka menunjukkan peningkatan dalam tempoh beberapa hari akan datang berikutan dua makmal tidak dapat mengemukakan data mengenai Sistem Repositori Dokumen Covid-19 (CDRS).

Berdasarkan data dalam 14 hari yang lalu, dua makmal ini menyumbang kira-kira 0.03 peratus daripada semua sampel yang diuji dan 0.08 peratus daripada semua individu positif.

Related posts

Leave a Comment