Kebolehjangkitan kekal 1.05

PUTRAJAYA 16 Ogos – Kadar kebolehjangkitan Covid-19  mencatatkan trend mendatar selama empat hari berturut-turut dengan angka semalam, hari Ahad kekal 1.05 sejak Khamis lalu.

Sebanyak 10 negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan, didahului Perlis 1.29.

Ini diikuti Kelantan 1.19, Sabah 1.16, Pulau Pinang 1.15, Sarawak 1.14, Perak 1.11, Johor 1.10, Kedah 1.09, Pahang 1.08 dan Terengganu 1.05.

Lima negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan di bawah purata kebangsaan iaitu Selangor 1.02, Melaka dan Negeri Sembilan masing-masing 1.00, Kuala Lumpur 0.99 dan Putrajaya 0.90.

Labuan satu-satunya wilayah yang mencatatkan hanya tiga kes Covid-19.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment