Kadar kebolehjangkitan kekal 0.87

PUTRAJAYA 4 Okt. – Nilai kadar kebolehjangkitan (R-naught) di Malaysia mencatatkan angka yang sama semalam iaitu 0.87 seperti dicatatkan pada hari sebelumnya, Isnin.

Sepuluh negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan didahului Wilayah Persekutuan Putrajaya yang mencatatkan kadar purata melebihi 1.00:iaitu 1.04 diikuti Melaka 1.01 dan Perlis 1.00

Terengganu merekodkan 0.98, Kelantan 0.96, Negeri Sembilan 0.97, Pahang 0.96, Perak 0.90, Sarawak 0.87 dan Kedah 0.87.

Lima negeri mencatatkan R-naught di bawah purata kebangsaan iaitu Johor 0.86, Selangor 0.86, Pulau Pinang 0.85, Kuala Lumpur 0.84 dan Sabah 0.84.

Labuan merekodkan dua kes baharu Covid-19.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment