31.9% penduduk lengkap 2 dos

PUTRAJAYA 15 Ogos – Sebanyak 31.9 peratus atau 10,425,300 penduduk negara ini telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam, kata Menteri Kesihatan,  Dr Adham Baba.

Katanya, seramai 16,868,615 orang atau 51.7 peratus telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam sebanyak 27,293,915 dos.

Mengikut peratusan, 72.1 peratus daripada penduduk dewasa telah mendapat dos pertama manakala 44.5 peratus melengkapkan dua dos suntikan.

Sementara itu, vaksinasi harian mencatatkan 442,150 dos diberikan semalam dengan 161,049 adalah dos pertama manakala 281,101 adalah dos kedua.

Selangor terus mencatatkan pemberian dos kedua tertinggi dengan 80,784.

Ia diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (44,803), Johor (27,574), Sabah (26,820), Pulau Pinang (18,261) dan Perak (14,846).

Related posts

Leave a Comment