Kematian meningkat, kes turun

BANGKOK 14 Ogos – Ada penurunan kes jangkitan harian Covid-19 di Thailand hari ini apabila merekodkan 22,086 kes baharu berbanding angka tertinggi semalam sebanyak 23,418.

Bagaimanapun jumlah kematian menunjukkan peningkatan apabila 217 orang dilaporkan meninggal dunia berbanding 184 semalam.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan Thailand setakat ini adalah 885,275 kes dengan jumlah kematian 7,343 orang.

Kes yang direkodkan hari ini melibatkan 21,816 dalam kalangan orang awam dan 270 dalam kalangan banduan.

Sejak gelombang ketiga bermula pada 1 April lalu, Thailand merekodkan 856,412 kes di mana 640,130 sembuh dan 7,249 kematian manakala sejak pandemik bermula awal tahun lalu, 885,275 kes dan 667,556 sembuh dengan 7,343 kematian.

Hari ini sebanyak 23,672 kes dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 667,556 pesakit pulih manakala 210,376 pesakit sedang mendapatkan rawatan.

Related posts

Leave a Comment