PUTRAJAYA 4 Dis. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 pada jangkaan mengikut kes seharian semalam untuk seluruh negara meningkat kepada 0.97 berbanding 0.95 pada hari sebelumnya.
Sembilan negeri merekodkan kadar yang sama atau melepasi nilai 0.97 didahului Perlis 1.16 diikuti Selangor 1.01 dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.01.
Pulau Pinang, Johor dan Kedah masing-masing merekodkan 0.99, diikuti Pahang 0.98, Melaka 0.98, dan Perak 0.97.
Enam negeri merekodkan kadar di bawah purata kebangsaan iaitu Wilayah Persekutuan Putrajaya 0.95 manakala Wilayah Persekutuan Labuan, Negeri Sembilan, Terengganu, Sabah dan Kelantan masing-masing merekodkan 0.94.
Sarawak merekodkan kadar terendah iaitu 0.73.